Luqman tak salah - Cheng Hoe - Utusan Malaysia

Luqman tak salah – Cheng Hoe

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sekiranya Luqman Hakim Shamsudin mampu menyempurnakan peluang keemasan pada minit ke-33 sudah tentu senario berbeza buat pasukan Harimau Malaya.

Dua rekod kemenangan dilakar skuad kebangsaan sebelum ini, dileburkan Vietnam selepas tewas 3-0 kepada pasukan Naga Emas pada kempen Piala AFF 2020 kali ini biarpun memulakan aksi pertama dan kedua Kumpulan B dengan baik.

Bagaimanapun, pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe tidak menyalahkan Luqman di atas kegagalan
menyempurnakan peluang terhidang berkenaan yang sepatutnya menjadi gol penyamaan buat pasukan Harimau Malaya.

Percubaan jarak dekat pemain kelab Belgium, KV Kortrijk itu tidak menepati sasaran selepas pemain Vietnam melakukan kesilapan membuat hantaran ke kawasan penalti sendiri.

“Ini kali pertama Luqman beraksi dalam perlawanan peringkat tinggi. Dia mempunyai bakat dan masa depan yang baik, jadi saya tidak menyalahkannya kerana terlepas peluang.

“Dia hanya perlu bekerja lebih keras untuk mencapai tahap yang dia mahukan. Dia perlu mengekalkan motivasinya dan dengan sokongan pasukan, dia akan menjadi penyerang yang lebih baik,” katanya.

Aksi serba tidak menjadi Harimau Malaya pada perlawanan ketiga Kumpulan B saingan Piala AFF 2020 itu menyaksikan anak buah Cheng Hoe gagal mengutip mata.

Keputusan itu turut menyaksikan skuad negara jatuh ke tangga ketiga kumpulan, berkongsi enam mata bersama dua pasukan teratas Indonesia dan Vietnam yang masih kekurangan satu perlawanan.

Harimau Malaya akan mengharungi aksi terakhir kumpulan berdepan Indonesia pada 19 Disember ini dan ia akan menentukan nasib Malaysia sama ada pulang awal atau ke separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya