Loji insinerator beroperasi semula bakar sampah di Langkawi - Utusan Malaysia

Loji insinerator beroperasi semula bakar sampah di Langkawi

REEZAL Merican Naina Merican (kanan) diberi penerangan oleh Penasihat Drizzle Engineering, Ir. Mohamed Nasir Wan Idrus (kiri) mengenai operasi loji insinerator di Kampung Belanga Pechah, Langkawi hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Loji Rawatan Termal (insinerator) bagi pelupusan sampah di Kampung Belanga Pechah di sini yang ditutup sejak enam tahun lalu disebabkan masalah teknikal beroperasi semula secara rasmi hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, surat operasi komersial bersyarat telah dikeluarkan kepada Drizzle Engineering Sdn. Bhd. (Drizzle Engineering) untuk memulakan operasi loji insinerator itu.

“Loji insinerator yang dapat menampung sebanyak 80 tan metrik maksimum sehari itu akan dapat mengurangkan bebanan pada tapak pelupusan sampah yang juga akan melalui proses-proses naik taraf,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat loji insinerator di Kampung Belanga Pechah di sini hari ini.

Loji insinerator itu yang dibina dengan kos sebanyak RM200 juta sebelum ini diuruskan oleh sebuah syarikat lain namun hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja sebelum diserahkan kepada Drizzle Engineering.

Reezal Merican berkata, beliau mengharapkan dengan bermulanya operasi ini, pengurusan sisa pepejal di Langkawi lebih terurus dengan jumlah pelancong yang semakin meningkat.

Menurutnya, pihaknya turut memberi jaminan tiada bahan larut lesap (LTP) yang akan dilepaskan dari loji insinerator itu ke Sungai Kilim berdekatan yang terletak di bawah Kilim Geopark serta diktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Loji insinerator itu telah lulus ujian makmal dan mengikut piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS),” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya