PADA 25 Disember 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lebih 50,000 orang dikhuatiri terbunuh akibat gempa bumi yang menghancurkan badaraya Managua, ibu negara Nicaragua di Amerika Tengah.
Menurut beberapa laporan, anggota badan manusia seperti kepala dan kaki bertaburan di seluruh bandar raya yang hampir 90 peratus telah musnah. Kerajaan telah mengisytiharkan undang-undang tentera di seluruh bandar raya bagi mencegah perbuatan merompak.
Antara peristiwa lain yang menarik.
25 Disember 1968 – DYMM Sultan Kedah merasmikan pembukaan padang golf berharga RM250,000 di Pulau Langkawi.
25 Disember 1972 – Reader’s Digest dan United Artists mengumumkan rancangan menerbitkan filem muzik “Huckleberry Finn”.
25 Disember 1979 – Menteri Besar Tan Sri Rais Yatim akan merasmikan Jempul sebagai daerah ketujuh Negeri Sembilan dan Serting sebagai ibu daerahnya pada 1 Januari 1980.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] – UTUSAN ONLINE