Lima daerah di Sabah dilanda banjir, tanah runtuh - Utusan Malaysia

Lima daerah di Sabah dilanda banjir, tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Gas Batu Sapi, Sandakan.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hujan lebat berterusan yang melanda kawasan pantai timur, pedalaman dan utara Sabah mengakibatkan lima daerah terjejas banjir dan tanah runtuh.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang pemindahan dilakukan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan setakat ini, empat daerah terjejas banjir iaitu Pitas, Telupid, Beluran, Kinabatangan manakala, dua kejadian tanah runtuh dilaporkan di Sandakan dan Kinabatangan.

Beliau berkata, secara keseluruhan 28 kampung mula terjejas akibat tanah runtuh dan banjir yang berlaku sejak 29 Disember.

Setakat ini, sembilan kampung terjejas banjir di Pitas, tujuh kampung di Telupid, enam kampung di Beluran dan empat kampung di Kinabatangan.

Pitas adalah daerah yang paling terjejas dan kawasan yang dilanda banjir ialah Kampung Sumbilingon, Kampung Rukom Laut, Kampung Pinggan-Pinggan, Kampung Salimpodon Darat, Kampung Linggisan, Kampung Gailun Darat, Kampung Rosob Laut, Kampung Tambilidon dan Kampung Masin Besar.

Dua kejadian tanah runtuh yang dilaporkan iaitu di Kampung Gas Batu Sapi, Sandakan dan di Perumahan Ladang SLDB, Kinabatangan.

Jelas beliau, semua agensi dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sedang melakukan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi berisiko.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya