Libatkan sektor swasta dalam proses pembangunan Sarawak - Utusan Malaysia

Libatkan sektor swasta dalam proses pembangunan Sarawak

ABANG Johari Tun Openg (dua dari kiri hadapan) ketika meninjau projek pembangunan Tasik Biru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAU: Kerajaan Sarawak mengambil pendekatan baharu dengan melibatkan sektor swasta dalam usaha merancakkan pembangunan di Sarawak.

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan tidak ada kemampuan untuk membiaya semua projek pembangunan, justeru penglibatan swasta diperlukan.

Menurut beliau, pendekatan baharu dalam proses pembangunan kerajaan memerlukan penglibatan swasta sementara kerajaan negeri akan terlibat dengan penyaluran dana.

“Pendekatan itu sedang diguna pakai dalam beberpa projek pembangunan di Sarawak termasuk di daerah Bau,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 Majlis Daerah Bau di sini hari ini.

Ketua Menteri berkata, sektor swasta juga dilihat mampu membantu negeri ini untuk menjana ekonomi, seterusnya menjadikan masa depan Sarawak lebih cerah mengikut acuan pembangunannya yang tersendiri.

Sebelum ini Abang Johari pernah berkata sektor swasta akan bersatu tenaga untuk merealisasikan pelan induk pembangunan Greater Bau dalam tempoh 10 tahun pelaksanaannya.

Beliau yakin banyak peluang ekonomi akan dapat diwujudkan di bawah pelan induk berkenaan untuk mentransformasikan daerah Bau, Lundu, Sematan, Santubong dan Pantai Damai, dengan menjadikan pelancongan dan pertanian sebagai aktiviti utama, di samping pelombongan mineral.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah meluluskan sejumlah RM233 juta, termasuk  permintaan terbaharu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan utiliti di daerah Bau.

Abang Johari juga berkata, kerajaan negeri telah bersetuju dengan cadangan pembangunan Tasik Biru yang merupakan bekas lombong emas.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari turut menyatakan kesyukurannya di mana angka jangkitan Covid-19 baharu di negeri ini kian menunjukkan penurunan kepada dua angka walaupun baru-baru ini telah diadakan Pilihan Raya Negeri ke-12.

“Semoga jangkitan dapat kita kawal, apabila angka menurun mudah-mudahan kita dapat memasuki fasa PPN 4, maka ekonomi kita akan dibuka dan ini akan memberikan kesan yang positif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya