Lepas geram, rasa macam magis – Rifdean Masdor

Lepas geram, rasa macam magis – Rifdean

RIFDEAN Masdor (kanan) bersama jurulatihnya, Bernard Radin selepas menjuarai Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di Bangkok, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melepaskan ge­ram selepas dua tahun tanpa per­lawanan kompetitif menjadi kunci kejayaan kepada Rifdean Mas­dor ketika memenangi ka­tegori 48 kilogram (kg) dalam Kejo­hanan Muay Thai Dunia di Bangkok, kelmarin.

Atlet berusia 19 tahun meraih gelaran dunia yang baharu selepas menumbangkan juara dunia lima kali, Naruephon Chittra dari Thailand dengan kemena­ngan 29-28 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional di Bangkok.

“Saya kekal positif dan berla­tih bersungguh-sungguh biarpun tiada kejohanan kompetitif. Saya ikut sahaja apa yang jurulatih cakap.

“Ini kali kedua saya menyertainya, di mana dalam penampilan sulung saya di Kejohanan Dunia dua tahun lalu, saya menang perak.

“Seronok sangat (muncul juara dunia) sebab dua tahun tak berlawan. Saya rasa sungguh terharu, rasa seperti magis (luar biasa),” kata juara remaja dunia 2019, Rifdean ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sebagai rekod, Rifdean mula menempa nama di negara ini selepas muncul pemenang pingat emas Sukan SEA di Manila pada 2019 dalam kategori 45 kg.

Sementara itu, jurulatih Rif­dean, Bernard Radin berkata, beliau pada mula berasa ragu-ragu terhadap kemampuan anak buahnya itu untuk menentang juara bertahan, Chittra di pentas akhir memandangkan lebih dua tahun tanpa perlawanan kompetitif.

“Terus terang saya kata, pada awalnya saya khuatir dengan Rifdean sebab dah lama tak berlawan. Saya pun tak jangka dia boleh menang sebab jumpa juara bertahan.

“Lagi pun, ini penampilan sulung Rifdean dalam kategori 48 kg, sebelum ini 45 kg, di mana kategori lama inilah dia menang emas di Sukan SEA 2019 Manila.

“Saya dah jangkakan dia akan naik kategori, sebab masa dia menang Sukan SEA 2019, umur dia 17 tahun, sekarang 19 tahun…ada tumbesaran badan,” kata­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya