Lengkap divaksin alasan tolak kuarantin di PKRC - Utusan Malaysia

Lengkap divaksin alasan tolak kuarantin di PKRC

DR. Mohd. .Zurairie Mohd. Zubir melawat PKRC HUSM Kubang Kerian Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sudah lengkap dua dos suntikan vaksin dan tidak bergejala teruk menjadi alasan popular individu yang positif Covid-19 di negeri ini menolak ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Zurairie Mohd. Zubir berkata, individu terbabit berkeras tidak mahu ditempatkan di mana-mana PKRC, sebaliknya meminta dikuarantin di rumah masing-masing sahaja.

Setakat ini, kata beliau, bilangan pesakit wanita sama ada mereka yang ditempatkan di PKRC atau dikuarantin di rumah menunjukkan trend peningkatan di seluruh negeri ini berbanding pesakit lelaki.

“Mereka menolak masuk ke mana-mana PKRC dengan alasan sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan tidak mengalami sebarang penyakit kronik, sedangkan rumah mereka tidak sesuai untuk dijadikan tempat kuarantin.

“Dalam hal ini, kita akan pujuk pesakit ke PKRC jika keadaan rumah mereka tidak sesuai. Sekiranya masih enggan, mereka perlu isi borang tanggung risiko sendiri sepanjang dikuarantin di rumah,” katanya selepas melawat PKRC HUSM Kubang Kerian, di sini hari ini.

Dr. Mohd Zurairie berkata, setiap hari purata pesakit menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) mencecah antara 200 hingga 300 orang.

“Sehingga kini, seramai 650 pesakit ditempatkan di sembilan PKRC di Kelantan dengan kebanyakannya adalah pesakit wanita.

“Penggunaan PKRC kini berada pada tahap 50 peratus memandangkan kes harian Covid-19 di Kelantan belum menunjukkan penurunan ketara dan kekal berada di tempat kedua selepas Selangor,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya