Lelaki lemas semasa memancing - Utusan Malaysia

Lelaki lemas semasa memancing

Anggota keselamatan menaikkan mangsa lemas yang ditemukan di perairan Pulau Semayang, Sandakan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Hasrat seorang lelaki keluar memancing bertukar menjadi tragedi apabila dia ditemukan lemas di perairan Pulau Semayang pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Muhamad Alisan Muhamat, 31, ditemukan lemas di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.29 pagi dan 19 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dikerahkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan empat buah bot.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan keluar memancing awal pagi tadi di perairan Pulau Bai sebelum dilaporkan hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan bersama penduduk kampung pada radius 200 meter dari Kampung Semayang menemukan mangsa lemas di perairan Pulau Semayang.

Mayat mangsa dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pasukan yang terlibat dalam SAR termasuk Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin daerah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya