Lelaki dikhuatiri lemas kereta dihanyut arus deras di Kuantan - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas kereta dihanyut arus deras di Kuantan

BAPA mangsa, Nazlan Hassan, 62, melaungkan azan ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya, Mohd. Helmi Nazlan yang hilang dibawa arus di Kampung Chempaka, di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya hanyut dibawa arus deras dalam kejadian di Kampung Chempaka, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika mangsa, Mohd. Halmi Nazlan, 34, bersama rakannya, Muhammad Amirul, 23, dalam perjalanan dari Kuantan mengala ke Pekan.

“Ketika melalui jambatan di kampung terbabit, kereta Proton Exora yang dinaiki mangsa gagal dikawal dan dihanyutkan arus deras ke sungai berkenaan.

“Bagaimanapun rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri sebaliknya mangsa terus dihanyutkan arus sebelum hilang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Zahari berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dilakukan serta merta membabitkan dua pegawai dan lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kereta mangsa ditemui tenggelam kira-kira 100 meter dari jambatan berkenaan  dan operasi SAR dilakukan pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya