Lebuhraya Persekutuan ibarat sungai, PLUS tutup plaza tol Shah Alam - Utusan Malaysia

Lebuhraya Persekutuan ibarat sungai, PLUS tutup plaza tol Shah Alam

Keadaan banjir di Lebuhraya Persekutuan dekat Batu Tiga mengakibatkan ia terpaksa ditutup kepada lalu lintas. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur-Shah Alam-Klang diibaratkan bertukar menjadi sungai terutama di Batu Tiga menyebabkan ratusan kenderaan terkandas.

Tinjauan Utusan mendapati kawasan itu tidak boleh dilalui dengan kenderaan terpaksa berpatah balik.

Ekoran itu juga PLUS telah menutup plaza tol Shah Alam ekoran ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Keadaan banjir kilat di susur keluar lebuhraya NKVE Bukit Jelutong sekitar tinjauan di Shah Alam, Selangor hari ini. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI

Semua kenderaan dari utara diminta keluar di plaza tol Subang dan dari selatan pula di Seafield.

Laluan masuk ke lebuh raya PLUS di Setia Alam dan Shah Alam juga ditutup.

Para pengguna lebuh raya yang terperangkap antara Satia Alam ke Shah Alam dan Subang ke Shah Alam diminta membuat pusingan U melalui akses sementara yang disediakan PLUS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya