Lebih RM12,000 dikutip tidak sampi 24 jam, derma kilat bantu pasca banjir - Utusan Malaysia

Lebih RM12,000 dikutip tidak sampi 24 jam, derma kilat bantu pasca banjir

PASUKAN sukarelawan dari syarikat Makhostia Sdn. Bhd. di KLIA membnatu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di sekitar Dengkil, Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Terkesan dengan kesusahan rakan sekerja yang turut terjejas dengan bencana banjir, sekumpulan pekerja syarikat Makhostia Sdn. Bhd. di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menggerakkan misi bantuan kerja-kerja pemulihan pasca bencana itu.

Sukarelawan yang pada mulanya hanya mahu menawarkan khidmat membersihkan rumah-rumah di kawasan sekitar Bikit Changgang, Dengkil dan Labu Lanjut itu, mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan saudara terdekat yang mahu turut sama menghulurkan sumbangan.

Hasilnya, tidak sampai 24 jam, lebih RM12,000 diperoleh melebihi jangkauan untuk digunakan bagi membeli peralatan pembersihan selain barang-barang keperluan makanan dan kelengkapan diri untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa terlibat.

Wakil pasukan sukarelawan itu, Mohd. Fizree Mohd. Nawawi berkata, pihaknya bergerak tanpa bernaung di bawah mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mengeluarkan duit poket sendiri pada mulanya untuk membantu rakan sekerja.

“Namun, gerak kerja kami ini mendapat perhatian rakan-rakan, kenalan rapat dan saudara mara, ramai yang tampil memberi sedikit sumbangan yang pada asalnya disumbangkan untuk tujuan membantu membeli barangan keperluan untuk pembersihan.

“Tidak disangka ia mendapat sambutan luar biasa menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap mereka yang memerlukan bantuan,” katanya di sini semalam.

Mohd. Fizree berkata, selain menyumbangkan barangan keperluan, pihaknya turut memberikan wang tunai kepada mangsa bagi kegunaan mereka untuk mendapatkan barangan mengikut keperluan sendiri daripada dana yang dikutip itu.

Katanya, bantuan sukarelawan yang mendapat sokongan majikan dilakukan selepas waktu kerja sekitar pukul 5 petang sehingga 8 malam dengan pemilihan rumah untuk dibersihkan dibuat secara rawak terutama dalam kalangan rakan sekerja, warga emas dan mereka yang terkesan teruk.

“Kita membantu setakat mana yang boleh dengan apa cara sekali pun sebagai tanda solidariti demi meringankan beban mangsa yang ditimpa ujian ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya