Lebih 80 peratus air banjir Taman Sri Muda disedut keluar - Utusan Malaysia

Lebih 80 peratus air banjir Taman Sri Muda disedut keluar

JALAN Bukit Kemuning menghala ke Taman Sri Muda digenangi air dan menjadi lokasi menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas di sekitar perumahan itu di Seksyen 25 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 80 peratus air banjir yang menenggelamkan keseluruhan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini berjaya disedut keluar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, kesemua air banjir berjaya disedut keluar dan dibuang ke Sungai Klang menggunakan 16 pam air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Kesemua pam ini diletakkan di sekitar lima lokasi di Taman Sri Muda sejak pukul 2 pagi tadi.

“Setakat ini, paras telah turun di bawah satu meter di kebanyakan kawasan di sini, ” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

ABDUL Latiff Ahmad (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Pos Kawalan Operasi Bomba (PKOB) mengenai keadaan terkini situasi banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada hari ini. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kerja pengepaman air banjir akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah ‘air termenung’ di Taman Sri Muda.

Sekiranya operasi itu tidak dijalankan, dikhuatiri air banjir itu akan surut sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Beliau tidak memberi tempoh khusus bila semua air banjir dapat disedut sepenuhnya, kerana ia perlu mengambil kira pelbagai faktor.

“Kaedah sedut air ini akan digunakan di sekitar kawasan Hulu Langat yang airnya masih bergenang.

“Perdana Menteri juga telah minta Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri menghubungi sekretariat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sekiranya terdapat kawasan di negerinya air masih bergenang,” katanya.

Menurutnya, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) akan membantu kerajaan negeri mengkordinasi bagi membuat kerja mengepam air banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya