Lebih 10 pegawai SPRM siasat saya - Voon Lee Shan - Utusan Malaysia

Lebih 10 pegawai SPRM siasat saya – Voon Lee Shan

VOON LEE SHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Selepas empat jam disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Voon Lee Shan tampil mempersoalkan motif di sebalik ‘penahanannya’ ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak masih berlangsung.

“Ada lebih 10 orang siasat saya. Saya takut dan rasa terancam,” kata Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) itu ketika bercakap dalam satu video sebaik sahaja keluar daripada bangunan SPRM, tengah hari tadi.

Lee Shan memberitahu, SPRM menyiasat beliau di bawah Seksyen 16 (b) A Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan menerima suapan dengan memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau faedah orang lain.

“Mereka tanya saya mengenai salah satu video saya,” katanya, yang merujuk kepada penawaran PBK terhadap pemberian wang tunai RM3,000 kepada pengundi jika mereka menang PRN Sarawak.

“Kalau jadi kerajaan kan mesti bantu rakyat, adakah ini salah? Kerajaan sekarang pun bantu rakyat dengan wang melalui subsidi. Apa yang salahnya kalau kita bentuk kerajaan dan bantu rakyat?” Soalnya.

Beliau yang juga calon Batu Lintang mendakwa, SPRM cuba untuk memberi tekanan kepada beliau dan partinya, PBK.

“Saya tanya mereka (SPRM), siapa yang buat laporan mengenai saya? Mereka kata SPRM lah. Saya tanya siapa pegawai itu? Jelas yang lapor saya bukannya orang awam dan bukannya orang Sarawak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya