Lawat pekerja terlibat banjir - Utusan Malaysia

Lawat pekerja terlibat banjir

ABDUL HALIM MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua majikan perlu melawat setiap pekerja yang terjejas banjir selain memberi cuti bergaji kepada mereka sepanjang dilanda musibah itu.

Tindakan itu bukan sahaja dapat meningkatkan hubungan antara majikan dan pekerja, malah mewujudkan rasa saling kepercayaan antara kedua-dua pihak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, majikan harus memberi sokongan moral dengan menziarahi rumah mangsa banjir yang kini rata-ratanya berada dalam fasa pembersihan.

“Kalau boleh, lawat pekerja dan beri bantuan. Lihat apa keperluan mereka pada waktu itu, harus ligat cari mereka dan sentuhi mereka sebagai seorang majikan yang bertanggungjawab.

“Majikan tidak boleh hanya menjaga pekerja di tempat kerja. Mereka mestilah bertindak dengan cepat agar satu laporan boleh diterima daripada pekerja. Pekerja ini tidak perlu gusar dan mereka diberikan cuti bergaji yang dinamakan sebagai cuti bencana yang mana mereka mesti diberikan cuti sehingga senario banjir ini selesai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju memberi cuti kecemasan kepada penjawat awam yang terkesan akibat banjir yang kini melanda beberapa negeri.

Perkara itu turut disambut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan dengan berkata, majikan sektor swasta turut digalakkan memberi cuti kecemasan kepada para pekerja yang terkesan akibat banjir.

Dalam pada itu, Abdul Halim turut berkata, kerajaan harus memikirkan inisiatif selain daripada memberi bantuan RM1,000 kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana banjir.

Jelasnya lagi, bantuan tersebut sudah pasti tidak mencukupi kerana rata-rata mangsa hilang barang keperluan secara total, malah ada tempat tinggal yang turut lenyap susulan banjir yang berlaku.

“Bantuan ini berkait rapat dengan institusi kewangan yang akan menjadi lumpuh kerana kesukaran mangsa banjir untuk membuat pembayaran bulanan rumah, kereta dan lai-lain.

“Dalam hal ini, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk mereka mengurangkan beban yang dihadapi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya