Lanjut tempoh tawaran pengurangan 80 peratus saman polis, JPJ - YPNM - Utusan Malaysia

Lanjut tempoh tawaran pengurangan 80 peratus saman polis, JPJ – YPNM

MOHD. FIRDAUS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) menggesa kerajaan melanjutkan tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus membabitkan saman trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Presiden YPNM, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, tempoh tawaran yang dijadualkan berakhir hari ini sewajarnya dilanjutkan kira-kira sebulan lagi.

“Bermula 18 Disember lalu, negara dilanda banjir yang mana ramai rakyat terkesan hilang harta benda akibat musibah berkenaan.

“Belum pun pulih kemelut ekonomi rakyat akibat Covid-19, banjir pula melanda. Ia ujian besar buat rakyat sekali gus memerlukan pertimbangan sewajarnya kerajaan bagi membela rakyat. 

“Kita minta kerajaan tangguh tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun polis dan JPJ kerana kita percaya masih ramai rakyat belum membayarnya kerana tidak berkemampuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini melanjutkan tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus sehingga hari ini. 

Lanjutan pemberian diskaun itu dibuat bagi membantu meringankan bebanan dan memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan saman mereka.

JPJ juga bersetuju melanjutkan tempoh tawaran pengurangan pembayaran saman kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) sehingga hari ini. 

Mohd. Firdaus berkata, fokus utama rakyat ketika ini adalah memulihkan kembali ekonomi mereka kesan penularan wabak Covid-19 dan juga musibah banjir.

“Bermula bulan Januari 2022 juga, anak-anak akan mula bersekolah dan ibu bapa memerlukan perbelanjaan bagi membeli pakaian sekolah khususnya yang rosak akibat musibah banjir. 

“Beri peluang kepada rakyat untuk memulihkan ekonomi mereka terlebih dahulu, ketika ini kehidupan rakyat cukup terbeban ekoran banjir,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya