Laluan Bukit Jelutong kembali banjir akibat hujan lebat - Utusan Malaysia

Laluan Bukit Jelutong kembali banjir akibat hujan lebat

ANGKAP layar sebuah potongan video tular dalam media sosial menunjukkan berlaku kenaikan air di laluan masuk ke Plaza Tol Shah Alam dari Bukit Jelutong menuju ke Lebuhraya NKVE dan Elite di Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hujan lebat kembali turun sejak awal pagi tadi di sekitar negeri ini menjadi kebimbangan sebahagian besar penduduk khususnya di kawasan yang terjejas akibat banjir sejak Jumaat lalu.

Hujan dilaporkan turun di sekitar Shah Alam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang.

Malah, terdapat kawasan yang sebelum inj surut selepas dilanda banjir seperti di Bukit Jelutong di sini kembali dinaiki air terutama dekat susur ke Plaza Tol Shah Alam dari Lebuhraya Guthrie.

Kawasan berkenaan sebelum ini ditutup kira-kira 24 jam sebelum kembali dibuka semalam akibat hujan lebat lebih dua hari bermula 17 Disember lalu.

Hal berkenaan menyebabkan berlaku kesesakan di Lebuhraya Guthrie sebelum susur Bukit Jelutong arah Pusat Bandar Shah Alam.

Menurut laporan daripada ciapan @Plustrafik, beberapa lorong keluar dan satu lorong masuk di Plaza Shah Alam ditutup dan pengguna dinasihatkan menggunakan laluan lain.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis  berkata, banjir melanda di Batu Arang, Rawang dengan peningkatan air dilaporkan pada paras betis.

“Benar berlaku banjir di kawasan penduduk sehingga paras betis. Penduduk setempat dinasihatkan berpindah, namun masih belum mahu berpindah ke kawasan selamat.

“Pihak bomba membuat pemantauan dan bersedia dengan logistik sekiranya pemindahan dibuat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya