Lagi kes buli berlaku di Johor - Utusan Malaysia

Lagi kes buli berlaku di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Belum selesai kejadian buli melibatkan seorang pelajar di Muar yang dilakukan lima pelajar lain, kes sama turut berlaku di sebuah lagi sekolah menengah di daerah ini pada 9 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian di daerah itu melibatkan seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang dibuli pelajar senior.

Katanya, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima laporan pada pukul 6.18 petang semalam berkaitan kejadian terbabit.

“Mangsa yang dilaporkan dalam keadaan trauma telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom setelah mengalami sakit dada akibat kejadian terbabit.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada seorang pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang menyebabkan dia dibuli,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, tindakan susulan kini dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang untuk mengesan suspek yang terlibat. 

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai satu tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

“Kami memandang serius terhadap kes-kes jenayah melibatkan khususnya kes buli di sekolah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

Hari ini, seramai lima pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Muar, direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan kes buli terhadap pelajar berusia 14 tahun di sekolah sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya