Kucing hutan disangka anak harimau  - Utusan Malaysia

Kucing hutan disangka anak harimau 

KUCING hutan yang disangka anak harimau oleh penduduk berjaya ditangkap di Kampung Pulau Gajah di Kampung Gajah. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Seekor kucing hutan atau kucing batu disangka sebagai seekor anak harimau oleh penduduk Kampung Pulau Gajah, Kampung Gajah di sini hari ini.

Kehadiran haiwan itu disedari pada pukul 8.30 pagi oleh seorang penduduk yang kemudiannya memanggil penduduk lain untuk melihatnya.

Seorang warga emas, Noraini Abd Shukor, 67, berkata, dia dimaklumkan jirannya menyedari kehadiran haiwan itu di bawah pokok ru di hadapan rumahnya.

Katanya, pada mulanya mereka menyangka haiwan itu anak harimau akar berdasarkan warna dan bintik di badannya.

“Kami panggil orang kampung dan mereka juga menyangka haiwan jenis sama. Saya segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk bantuan lanjut.

“Selepas itu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) datang dan mereka maklumkan ia adalah kucing hutan atau kucing batu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noraini, meskipun kucing hutan tersebut kelihatan seperti tidak berdaya, ia masih agresif dan mengeluarkan bunyi seperti mahu melindungi diri apabila didekati.

“Kucing itu agak agresif tetapi hanya duduk di bawah pokok kerana kaki kanannya patah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Perak Tengah,  Ahmad Fakhrur Razi Ismail berkata, pihaknya menerima aduan pada pukul 10.25 pagi.

“Kes diserahkan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya