KTMB bakal lancar 2 laluan baharu DMU - Utusan Malaysia

KTMB bakal lancar 2 laluan baharu DMU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah lebih lapan bulan diperkenal, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal melancarkan dua lagi laluan baharu Diesel Multiple Unit (DMU) bulan depan.

 Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, perkhidmatan terkini itu meliputi stesen Gemas, Negeri Sembilan ke stesen masing-masing di Kelantan dan Pahang.

 “Ia melibatkan laluan Gemas-Gua Musang-Gemas dan Gemas-Kuala Lipis-Gemas yang bermula sekitar pertengahan Januari tahun depan,” kata beliau menerusi kenyataan di sini.

 Pelancaran laluan baharu merupakan fasa kedua operasi tren DMU itu selepas fasa pertama telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pada 11 April lalu.

 Mengulas lanjut, Mohd. Rani berkata, bersempena dengan pelancaran operasi DMU terbaharu itu, KTMB membuka jualan tiket untuk tempoh enam bulan bermula pada 5 Januari 2022 bagi tempahan perjalanan dari 15 Januari sehingga 30 Jun 2022 bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal sama ada pulang ke kampung atau pergi bercuti. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya