KPT alu-alukan IPTA tangguh sesi PdP akibat banjir - Utusan Malaysia

KPT alu-alukan IPTA tangguh sesi PdP akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengalu-alukan keputusan beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menangguhkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta sebarang aktiviti sepanjang tempoh bencana banjir ini.

KPT menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, antara IPTA berkenaan termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurutnya, turut melakukan perkara sama ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“KPT menzahirkan rasa prihatin dengan nasib yang menimpa warga IPTA yang terkesan dengan musibah yang berlaku.

“Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban dan memudahkan urusan serta melancarkan proses pemulihan pasca banjir ini,” katanya.

Katanya, KPT juga menyarankan kepada semua IPT lain yang terkesan akibat bencana ini untuk turut mengambil pendekatan yang sama bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Jelasnya lagi, KPT turut menasihatkan pelajar yang mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan berhubung perkara ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya