KPLB sukarelawan Kemas bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

KPLB sukarelawan Kemas bantu mangsa banjir

MAHDZIR Khalid beramah mesra bersama ahli Wanita UMNO selepas majlis Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, Padang Terap hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menggerakkan segera sukarelawan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Kemas mempunyai ramai sukarelawan di peringkat lapangan dan bersedia menjalankan tugas membantu mangsa banjir dengan lebih cepat.

Menurutnya, bantuan tersebut termasuk  melibatkan kerja-kerja menyelamat serta  menghantar bantuan makanan.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Kemas untuk meminta Kemas di negeri terlibat sediakan sukarelawan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, beliau masih belum menerima maklumat jumlah keseluruhan anggota sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan tersebut.

“Anggota sukarelawan yang bertugas itu hanya berada  di negeri terlibat banjir sahaja tanpa melibatkan bantuan dari negeri-negeri lain,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, sebanyak lapan agensinya iaitu Mara, Risda, Felcra, Kejora, Kesedar, Ketengah, Keda dan Perda juga akan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Malah, setiap agensi tersebut masing-masing memperuntukkan RM500,000 bagi membantu mangsa terjejas,” ujarnya.

Menurutnya, KPLB juga bersiap sedia menghadapi pasca banjir dari segi membaik pulih infrastruktur dan rumah penduduk yang rosak atau musnah akibat banjir itu selepas ini.

“Kita belum dapat lagi maklumat berapa ramai penduduk keseluruhan di kawasan luar bandar terjejas banjir ini.

“Namun kita telah bersedia seperti jambatan atau rumah yang rosak untuk kita bantu baiki,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya