KPDNHEP terus pastikan kestabilan harga, banteras penyeludupan, ketirisan barangan subsidi - Utusan Malaysia

KPDNHEP terus pastikan kestabilan harga, banteras penyeludupan, ketirisan barangan subsidi

MUSTAPHA Ahmad Merican (kiri) mengadakan pertemuan dengan Hasnol Zam Zam Ahmad di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memastikan kestabilan harga dari segi pemantauan agar tidak berlakunya aktiviti-aktiviti yang boleh merugikan rakyat selaku pengguna.

Perkara itu antara dibincangkan ketika pertemuan Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Professor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Datuk Dr. Mustapha Ahmad Merican bersama Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, hari ini.

Menurut Mustapha, antara isu-isu lain yang dibincangkan seperti penyeludupan dan ketirisan barangan subsidi yang boleh menjejaskan pendapatan negara.

“Bagaimanapun, pelbagai program dan usaha dilaksanakan kementerian untuk menjaga kebajikan rakyat dan pada masa sama kerajaan berusaha berlaku adil kepada peniaga dan pengguna.

“Ini termasuk Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di mana harga maksimum 12 jenis barangan termasuk ayam, telur, sayur-sayuran ditetapkan untuk menjamin tiada kenaikan harga yang melampau dan tidak munasabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapha berkata, Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang dilancarkan pada awal bulan ini dilanjutkan sehingga 4 Februari depan selepas pihak kementerian menerima maklum balas positif dan sebagai langkah berterusan menstabilkan harga barangan dan bekalan barang mencukupi.

Selain itu katanya, kementerian berkenaan turut melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia dengan menyasarkan jualan barangan keperluan dapur pada harga diskaun sehingga 20 peratus di lokasi-lokasi terpilih di semua 222 Parlimen di seluruh negara sehingga awal tahun 2022.

“Program ini diadakan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dalam kalangan berpendapatan rendah.

“Kementerian akan terus melakukan operasi pemeriksaan bagi mengambil tindakan terhadap peniaga yang menyorok bekalan barangan keperluan harian demi melindungi kebajikan pengguna agar tidak berlaku pembelian panik,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan peniaga agar lebih bertanggungjawab terutamanya dalam menjalankan perniagaan barangan kawalan berjadual dan bersubsidi agar tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Katanya, keprihatinan kerajaan dan pelbagai usaha serta komitmen yang diberikan semua pihak diharap dapat memberikan manfaat agar ia dapat dinikmati setiap Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya