KPDNHEP serbu premis kartrij palsu, rampas pelbagai jenama bernilai RM41,724 - Utusan Malaysia

KPDNHEP serbu premis kartrij palsu, rampas pelbagai jenama bernilai RM41,724

SEBUAH premis dijadikan sebagai tempat memproses, membungkus dan menyimpan kartrij pencetak tiruan diserbu KPDNHEP) di Bandar Botanik, Klang, Selangor. - IHSAN KPDNHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Taktik licik dua warga tempatan menjadikan rumah sebagai tempat memproses, membungkus dan menyimpan kartrij pencetak tiruan terbongkar selepas diserbu Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), 15 Disember lalu.

Hasil serbuan yang dibuat di Bandar Botanik, Klang, Selangor itu, sejumlah 79 unit kartrij percetakan, 1,815 unit pelekat hologram dan 120 unit cip pintar pelbagai jenama dianggarkan berjumlah RM 41,724 dirampas.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, operasi yang bermula pada pukul 1.20 petang itu dengan kekuatan seramai empat anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya diketuai Farah Yuziana Yusof.

Menurutnya, serbuan dilakukan berikutan aduan yang diterima daripada wakil cap dagangan berdaftar terbabit berhubung penjualan produk kartrij percetakan jenama terkenal di premis itu.

“Ketika serbuan, seramai dua lelaki bukan warga tempatan yang mengaku sebagai pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembungkusan kartrij percetakan tersebut dipercayai untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya