Kpah Sherman sah tinggalkan Kedah - Utusan Malaysia

Kpah Sherman sah tinggalkan Kedah

KPAH SHERMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penyerang kelahiran Liberia, Kpah Sherman sah tidak akan meneruskan khidmatnya bersama Kedah Darul Aman setelah dua musim beraksi buat pasukan itu sejak 2020.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Kedah di laman Facebook rasminya, Sherman dikatakan memilih untuk mewakili pasukan lain walaupun barisan kejurulatihan berhasrat mengekalkan beliau untuk tempoh semusim lagi.

Sepanjang dua musim di Kedah, Sherman telah menjaringkan 19 gol bersama pasukan itu selain pernah beraksi pada kejohanan kelayakan dan playoff Piala AFC 2020.

“Kedah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sherman yang telah mencurahkan segalanya dan berjuang sepenuh hati bagi menyumbang tenaga buat skuad Hijau Kuning sejak 2020.

“Kedah menghormati pilihan Sherman untuk melanjutkan kontrak musim 2022 dengan pasukan berbeza walaupun barisan kejurulatihan berhasrat mengekalkannya semusim lagi,” katanya.

Sebelum ini tiga pemain import Kedah turut tidak menyambung khidmat bersama pasukan itu iaitu K. Anumanthan dari Singapura, Rabih Ataya dari Lubnan dan Renan Alves dari Brazil.

Ketika ini terdapat ura-ura di media sosial mengatakan Kedah sedang mengintai penyerang import dari Croatia, Stipe Plazibat yang beraksi buat Lion City Sailors FC dalam Liga Singapura musim lalu.

Namun sumber dalam pasukan memaklumkan, ura-ura itu sama sekali tidak benar walaupun ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak memiliki hubungan sangat erat dengan pihak pengurusan pasukan yang menjadi juara Liga Perdana Singapura itu, musim lalu.

Terdahulu, laman Facebook rasmi Kedah itu turut mengumumkan kehadiran pertahanan kanan dari Perak, Amirul Azhan Aznan untuk menjadi pemain tempatan terbaru mereka.

Kehadiran pemain berusia 28 tahun itu dilihat bagi memberi lebih pilihan kepada Aidil untuk mencari pengganti kepada pertahanan kental, Mohd. Rizal Ghazali yang berhijrah ke Sabah FC musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya