Komponen GRS perlu kerjasama pada PRU-15 - Utusan Malaysia

Komponen GRS perlu kerjasama pada PRU-15

JEFFREY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertembungan yang berlaku antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini harus dijadikan pengajaran.

Maka, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), parti-parti dalam blok kerajaan di Sabah perlu mengatur strategi bagi memastikan kemenangan bersama dapat diwujudkan.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, komponen parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu bekerjasama demi kestabilan politik.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, persediaan bagi menghadapi PRU-15 sudah giat dilakukan kerana pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita telah menggerakkan jentera bukan sahaja di peringkat STAR tetapi juga GRS kerana pilihan raya ini tidak tahu bagaimana. Disebabkan di Melaka berlaku pertembungan, begitu juga di Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri berkata, STAR berhasrat untuk bertanding sebanyak mungkin kerusi pada PRU-15 namun perkara itu masih perlu dibawa untuk perbincangan bersama komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang lain.

Beliau berkata, parti-parti lain juga pastinya ingin bertanding banyak kerusi sebab itu perundingan perlu dilakukan dalam soal agihan kerusi.

Ketika ini STAR mempunyai 16 bahagian di Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya