KMI Kuala Terengganu hospital swasta pertama di Pantai Timur sedia khidmat elektrofisiologi - Utusan Malaysia

KMI Kuala Terengganu hospital swasta pertama di Pantai Timur sedia khidmat elektrofisiologi

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua, kanan) mendengar penerangan mengenai rawatan kardiologi selepas melancarkan Makmal Kateterisasi Jantung di KMI Kuala Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pusat Perubatan Kumpulan Medic Iman (KMI) Kuala Terengganu di sini muncul hospital swasta pertama di Pantai Timur yang menyediakan perkhidmatan elektrofisiologi buat pesakit jantung.

Ketua Pegawai Eksekutif KMI Sdn. Bhd. (KMI Healthcare), Dr. Rayney Azmi Ali berkata, penawaran perkhidmatan bagi mengatasi masalah degupan jantung itu selaras dengan pengoperasian Makmal Kateterisasi di pusat perubatan berkenaan sejak Disember tahun lalu.

Katanya, sehingga kini satu prosedur pemasangan perentak jantung sudah dilaksanakan oleh pasukan kardiologi yang diketuai Dr. Ahmad Suhaimi Mustafa.

Perkhidmatan baharu ini sekali gus memberi pilihan kepada penduduk di Pantai Timur untuk mendapatkan rawatan elektrofisiologi di KMI Kuala Terengganu.

“Antara rawatan lain yang disediakan termasuk angiografi koronari dan angioplasti koronari dengan prosedur berkenaan boleh dijalankan dalam masa singkat tanpa perlu menunggu tempoh masa lama sehingga lapan bulan sebagaimana di hospital kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Makmal Kateterisasi Jantung oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di KMI Kuala Terengganu, hari ini.

Yang hadir sama, Pengurus Besar KMI Kuala Terengganu, Salina Long.

Terdahulu, Ahmad Samsuri berkata, makmal yang dibangunkan dengan kos RM4  juta itu menjadi penanda aras buat hospital swasta lain milik kerajaan negeri sekali gus memangkin usaha menyediakan perkhidmatan perubatan terbaik kepada semua.

Malah, katanya, fasiliti itu juga dapat mengurangkan kesesakan rawatan pesakit jantung di hospital kerajaan.

KMI Kuala Terengganu bakal dilengkapi perkhidmatan nefrologi dan onkologi tidak lama lagi.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya