Klopp didatangi ‘mimpi buruk’ - Utusan Malaysia

Klopp didatangi ‘mimpi buruk’

MOHAMAD Salah berjaya melepasi kawalan pertahanan Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengalami mimpi buruk selepas pasukannya kalah mengejut 1-0  di Stadium King Power, sekali gus menjejaskan harapan mereka untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keputusan itu menyaksikan Reds ketika ini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Manchester City.

“Kami tidak cukup bagus di mana pasukan saya mempunyai persiapan empat hari berbanding Leicester. Kami bermain dengan sangat teruk

“Kami bermula dengan baik tetapi hilang rentak dan tidak cukup tenang untuk mendapatkannya semula. Itu kesalahan kami. Mereka (Leicester) memang layak untuk menang.

“Kami sepatutnya bertahan dengan lebih baik. Namun, kami mempunyai begitu banyak perlawanan berbanding Leicester. Ia adalah satu jurang yang besar kepada City.

“Bukan rancangan kami untuk memberi City peluang. Sekiranya kami bermain seperti biasa kami boleh memenangi perlawanan. Kebimbangan utama saya ialah mencari penjelasan untuk malam ini, bukan jurang kepada City,” kata Klopp.

Nasib menyebelahi Leicester apabila pemain gantian, Ademola Lookman menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua, bermakna Liverpool mungkin ketinggalan 12 mata di belakang City apabila Liverpool menentang Chelsea pada Ahad ini.

Bintang Liverpool, Mohamed Salah gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-14, sekali gus mensia-siakan peluang Liverpool untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya