KL, Putrajaya, Labuan dapat cuti Jumaat ini - Utusan Malaysia

KL, Putrajaya, Labuan dapat cuti Jumaat ini

PEMAIN KL City meraikan kemenangan selepas menewaskan JDT 2-0 dalam saingan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim sempena pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) menjuarai Final TM Piala Malaysia 2021.

Menurut beliau, kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada tahun 1989.

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369] bagi Wilayah Persekutuan,” katanya di sini hari ini.

KL City FC melakar kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia, selain meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

Kali terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi tertua itu adalah pada 1989 yang menyaksikan mereka melakar rekod hatrik selepas muncul juara pada 1987 dan 1988.

Kekalahan itu nyata menyentap ego juara bertahan itu yang menjadi pilihan rata-rata pemerhati dan peminat bola sepak tempatan untuk memenangi piala berkenaan.

Selain bergelar juara, KL City juga mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya