Kilang plastik kitar semula musnah terbakar  - Utusan Malaysia

Kilang plastik kitar semula musnah terbakar 

ASAP hitam dan tebal yang menjulang ke udara dapat dilihat sejauh kira-kira tiga kilometer selepas sebuah kilang plastik kitar semula di Kawasan Perusahaan Bukit Minyak, Pulau Pinang terbakar petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Penduduk di sekitar daerah ini gempar apabila melihat kepulan asap hitam menjulang ke udara selepas sebuah kilang plastik kitar semula di Kawasan Perusahaan Bukit Minyak, di sini terbakar petang ini. 

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.01 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian. 

“Apabila pasukan bomba tiba, didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang pembuatan plastik kitar semula dengan anggaran keluasan 2,500 meter persegi. 

“Kilang itu turut dianggarkan musnah sebanyak kira-kira 70 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurut jurucakap itu, usaha memadam kebakaran terpaksa dibantu oleh pasukan bomba dari BBP Sungai Bakap, Perai, Batu Kawan, Kepala Batas dan Bayan Baru selain beberapa pasukan bomba sukarela berhampiran. 

Difahamkan, punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami pemilik kilang masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya