Kilang kotak paksa kontak rapat bekerja - Utusan Malaysia

Kilang kotak paksa kontak rapat bekerja

ANGGOTA penguatkuasa JKN menampal notis penutupan terhadap sebuah kilang kotak di Jasin, Melaka yang ingkar arahan penutupan operasi. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sebuah kilang kotak di sini bukan sahaja dikesan ingkar arahan penutupan operasi, malah turut mengarahkan seramai 112 pekerja yang merupakan kontak rapat 30 kes positif Covid-19 datang bekerja.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu terbongkar selepas premis berkenaan diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Muhamad Akmal berkata, syarikat tersebut telah diarahkan tutup selepas 30 daripada 170 pekerja yang disaring dikesan positif Covid-19, semalam.

“Kilang kotak ini telah diarahkan tutup selama tujuh hari sehingga 5 Januari depan, bagaimanapun kita mendapat maklumat kilang ini masih beroperasi.

“Pihak syarikat turut meminta seramai 112 pekerja yang merupakan kontak rapat kes, bekerja pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di kilang itu.

Jelasnya, pihak syarikat telah dikenakan kompuan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil soal siasat, wakil syarikat memberikan alasan kilang tersebut terpaksa dibuka demi memenuhi permintaan pelanggan.

“Kita amat kecewa kerana pihak syarikat lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan dan nyawa orang ramai.

“Mereka memberikan alasan meneruskan operasi untuk memastikan tempahan dapat disiapkan,” jelasnya.

Katanya lagi, kesemua 112 pekerja terbabit telah dipakaikan gelang kuarantin bagi mengawal  pergerakan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya