Khidmat Malaysia Terengganu hantar 800 sukarelawan bantu mangsa banjir di Pahang - Utusan Malaysia

Khidmat Malaysia Terengganu hantar 800 sukarelawan bantu mangsa banjir di Pahang

KEADAAN banjir disifatkan di luar jangkaan di sekitar daerah Bentong di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas Terengganu menerusi badan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) akan menghantar 800 sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang.

Pengerusi Khidmat Malaysia negeri, Hanafiah Mat berkata, kesemua sukarelawan itu dijadualkan berbakti selama tiga hari di negeri jiran bermula Khamis ini.

Katanya, misi bantuan kemanusiaan di Pahang itu akan dikendalikan bersama-sama wakil dari Kelantan sebagaimana diputuskan kepemimpinan Pas di peringkat Pusat.

“Seramai 400 sukarelawan akan berada di Kuantan bagi membantu membersihkan kediaman penduduk ditenggelami air manakala baki 400 lagi diarahkan ke Temerloh bagi tugasan sama.

“Malah, Pas Terengganu turut menyumbangkan wang RM50,000 kepada kerajaan negeri Pahang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Hanafiah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri berkata, hampir 1,000 sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan akan dikerahkan membantu mangsa banjir di Pahang bermula minggu depan. 

Dalam perkembangan sama, beliau bersyukur banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya hari ini.

Katanya, cadangan agar semua agensi menghulurkan sumbangan termasuk menerusi inisiatif dapur rakyat akan dikemukakan dalam mesyuarat mingguan kerajaan negeri esok bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya