Khan Carpet tawar permaidani eksklusif - Utusan Malaysia

Khan Carpet tawar permaidani eksklusif

1) Zarita Ahmad sudah memiliki tiga cawangan kedai karpet, Khan Karpet sekitar Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mula dengan menjual permaidani di pelbagai ekspo pada 2010, kini Khan Carpet mempunyai tiga cawangan kedai di sekitar Sungai Petani, Kedah.

Pemilik NZ Khan Enterprise, Zarita Ahmad, 43, berkata, sambutan permaidani yang sentiasa kekal malar membolehkannya untuk mengembangkan perusahaan itu.

“Pemilihan permaidani yang bersesuaian boleh membuat suasana rumah tampak lebih selesa menjadikan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan koleksi permaidani eksklusif.

“Harga permaidani ditawarkan adalah pelbagai bergantung kepada saiz, kualiti dan corak. Di sini, permaidani dijual serendah RM40,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Zarita yang juga Sahabat AIM berkata, sebagai pemborong, dia mendapatkan koleksi permaidani terkini diambil dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

“Karpet yang berkualiti bukan saja tahan lama, tetapi penggunaan material benang dihasilkan lebih menyerlah selain corak yang dipadukan juga lebih mewah.

“Untuk tempahan, boleh hubungi talian 019-565 6213 atau ikuti Facebook Page, Khan Carpet SP,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya