Kg. Jawa, Hilir Perak dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

Kg. Jawa, Hilir Perak dikenakan PKPD

KAMPUNG Jawa muncul sebagai lokaliti tunggal di negara ini dikenakan PKPD selama 14 hari mulai esok. – Foto media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah lebih 20 hari tiada lokaliti baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), satu kampung di Perak pula dilaksanakan sekatan itu.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, ia melibatkan Kampung Jawa, Mukim Ayer Hitam, Daerah Hilir Perak berkuat kuasa esok.

Pelaksanaan PKPD di perkampungan berkenaan dipercayai susulan penularan daripada kluster komuniti yang diisytiharkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada 12 Disember lalu.

Setakat hari ini, kluster tersebut sudah pun merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 67 kes positif wabak Covid-19 termasuk satu kes baharu yang dilaporkan pihak jabatan semalam.

Justeru, setelah meneliti segala penilaian risiko dan trend jangkitan pandemik berkenaan, Kementerian Kesihatan memutuskan pewartawaan PKPD sehingga 31 Disember depan.

Rodzi namun menjelaskan, tiada kawasan ditamatkan PKPD setelah kali terakhir sebuah lokasi d Sungai Ruan, Daerah Raub, Pahang tamat sekatan itu pada 11 Disember lepas.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya