KFC Jalan Ipoh terima kunjungan Agong, Raja Permaisuri - Utusan Malaysia

KFC Jalan Ipoh terima kunjungan Agong, Raja Permaisuri

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan singgah di Restoran KFC Jalan Ipoh, di ibu negara menikmati santapan tengah hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jalan Ipoh diserikan dengan kunjungan istimewa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli untuk santapan tengah hari.

Menurut hantaran Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berkenan singgah di restoran tersebut dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan tengah hari di tingkat atas restoran tersebut bersama pengunjung-pengunjung yang lain.

“Agong dan Raja Permaisuri turut berkenan menyantuni dan beramah mesra bersama pengunjung-pengunjung dan pekerja-pekerja restoran tersebut,” kata hantaran itu.

Hantaran sama juga memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan Seri Paduka berdua beratur untuk membeli hidangan KFC.

Pada 2019, Al-Sultan Abdullah mencuri tumpuan pelanggan di sebuah restoran KFC cawangan Temerloh, apabila Seri Paduka memasuki premis itu sebelum dilihat beratur memesan makanan di kaunter.

Ketika itu, Seri Paduka menikmati santapan tengah hari itu sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya