[VIDEO] Kes Noor Neelofa dan suami: Mahkamah kekal perintah dilepas tanpa dibebaskan  - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kes Noor Neelofa dan suami: Mahkamah kekal perintah dilepas tanpa dibebaskan 

NOOR NEELOFA dan suaminya Muhammad Haris bersama barisan peguamnya tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di sini petang tadi. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengekalkan keputusan melepas tanpa membebaskan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis permaidani di Nilai, Mei lalu.

Majistret Mohd. Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan sepanjang prosiding berlangsung.

“Setelah meneliti hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah tidak memberikan perintah DNA (dilepaskan dan dibebaskan),” katanya pada prosiding di mahkamah hari ini.

Sebelum itu, pihak pembelaan yang diketuai peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon status anak guamnya ditukar daripada dilepaskan tanpa dibebaskan (DNNA) kepada dilepas dan dibebaskan (DNA).

NOOR NEELOFA dan suaminya Muhammad Haris bersama barisan peguam di Kompleks Mahkamah Seremban. – VIDEO/NOR SHAFAWATI YUP

Muhammad Shafee berkata, anak guamnya juga telah menyelesaikan tiga set kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 atas kesalahan tersebut yang dibayar pada 10 Disember lalu.

Terdahulu, Noor Neelofa, 32, yang memakai jubah berwarna oren lembut dan Muhammad Haris, 26, yang memakai baju kameja lengan panjang warna putih tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada pukul 2.40 petang tadi.

Pihak pendakwaan diwakili, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini pada 2 Mei lalu.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya