Kes Kampung Melayu Bukit Tarek masih dalam siasatan - Utusan Malaysia

Kes Kampung Melayu Bukit Tarek masih dalam siasatan

Kampung Melayu Bukit Tarek di Mukim Ulu Yam yang tiada infrastruktur asas seperti elektrik, air dan jalan raya walaupun terletak kurang 60 kilometer dari ibu negara, Kuala Lumpur .- SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isu kemudahan asas dan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya di Kampung Melayu Bukit Tarek, Hulu Selangor masih dalam peringkat penyelesaian apabila beberapa agensi kerajaan sedang melakukan siasatan terhadap masalah berkenaan.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata isu berkenaan turut berada dalam penelitian lanjut daripada Jabatan Perhutanan Selangor.

“Hal ini memerlukan semakan bersama pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) Selangor serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) terlibat. Kawasan kampung yang dimaksudkan dalam perkara ini ialah Kampung Muhibbah (Kampung Melayu Bukit Tarek),” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan SUK, di sini hari ini.

Terdahulu, isu pembangunan kemudahan di Kampung Melayu Bukit Tarek menarik perhatian ramai selepas Utusan Malaysia mendedahkan kira-kira 300 penduduk yang tinggal hampir 30 tahun di penempatan itu tidak mendapat kemudahan sewajarnya.

Walaupun kedudukannya berhampiran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kira-kira  300 penduduknya masih melalui kehidupan menggunakan generator, bateri kereta dan panel solar untuk bekalan elektrik sementara air hujan  untuk kegunaan harian.

Dalam pada itu, Loy Sian turut memaklumkan perkampungan tersebut dibina di atas tanah pertanian yang digazetkan pada 2004 selepas penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Tarek dibuat dan diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-9 pada tahun sama.

“Kawasan tersebut adalah kawasan pertanian Kampung Muhibbah yang terlibat dalam Projek Dusun Nukleus Pejabat Pertanian Daerah Hulu Selangor. Hasil Semakan kini, 227 plot telah didaftarkan dan hanya sebanyak 33 plot sahaja terdapat bangunan kekal atau separa kekal.

“Keseluruhan keluasan kawasan ini adalah 259.434 hektar yang meliputi 228 plot pertanian. Merujuk kepada Kertas Ringkasan MMKN Ke-9/2004 tersebut, kawasan Kampung Muhibbah ini adalah Tanah Simpanan Hutan yang telah dibatalkan WKNS 535-4,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya