PETALING JAYA : Jumlah jangkitan harian Covid-19 mencatatkan peningkatan iaitu 4,965 kes berbanding semalam 4,262 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif sebanyak 2,667,999 kes.
Beliau berkata demikian dalam menerusi akaun Twitternya hari ini.
Maklumat terperinci lain berkaitan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman sesawang Covidnow di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. – UTUSAN ONLINE