Kes buli: Tangan guru 'terikat' - Utusan Malaysia

Kes buli: Tangan guru ‘terikat’

MENAMBAH baik sistem pelaporan diharap dapat memastikan pendekatan berkesan dibangunkan bagi menangani masalah buli seperti yang berlaku di sebuah sekolah di Perak, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peraturan yang tidak membenarkan guru mengambil tindakan sendiri terhadap kes disiplin melibatkan murid antara punca kes buli berlaku di kebanyakan sekolah.

Tangan guru ibarat diikat kerana kuasa menangani kes-kes melibatkan kenakalan murid hanya diberikan kepada guru disiplin yang mana bilangan mereka tidak ramai untuk mengawasi jumlah pelajar yang ramai dalam sesuatu masa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Wang Heng Suan berkata, langkah menambah baik sistem pelaporan diharap dapat memastikan pendekatan dan keberkesanan terbaik dibangunkan.

Bagaimanapun, katanya, punca mengapa kes buli itu semakin menjadi di sekolah terutama sekolah berasrama penuh perlu dilihat dan ditekankan.

“Cara terbaik mengatasi kes buli ini adalah melibatkan kes disiplin, tetapi masalah disiplin ini kita tak boleh kawal kerana apabila guru mahu kawal, tangan terikat.

“Jika diikutkan pekeliling, jeling saja guru sudah boleh disalahkan, apatah lagi rotan. Jadi guru tiada kuasa dan bila berlaku (kejadian) guru takut ambil tindakan untuk kawal.

“Budak-budak sekarang tahu guru-guru tak boleh buat apa dan ini yang salah satu punca disiplin semakin tidak terkawal,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin dalam Sidang Dewan Rakyat berkata, pihak sekolah boleh melaporkan semua kes buli dalam sistem dan kaedah sedia ada bagi membolehkan KPM mengetahui maklumat seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

Menurut Heng Suan, ibu bapa juga sepatutnya tidak mempertikai apa yang dilakukan oleh para guru dalam mendidik anak-anak mereka.

“Ibu bapa buat masa ini tak sama sperti ibu bapa zaman dulu, jika dulu buatlah apa sahaja asalkan tidak patahkan kaki. Tetapi apabila guru-guru marah sikit, ibu bapa sekarang mulalah datang sekolah pertikaikan,” katanya.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan mewujudkan jawatan warden di setiap asrama sekolah di negara ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, jawatan warden di asrama sekolah itu membolehkan guru terlibat sebagai warden ketika ini dapat memfokuskan tugasan mengajar sedia ada.

“CUEPACS mengambil berat apa yang akan berlaku, pada masa yang sama amat simpati kepada warden bertugas yang dilantik dalam bentuk tambahan tugas, asalnya daripada seorang guru kemudian diberi tambahan kerja sebagai seorang warden dengan elaun yang tidak setimpal,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Pemantapan Diri Penjawat Awam CUEPACS Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya