Kerajaan tidak pernah tutup permohonan Bantuan Wang Ihsan - PM - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak pernah tutup permohonan Bantuan Wang Ihsan – PM

Mangsa banjir turut menghadapi masalah telekomunikasi dan bekalan elektrik yang terputus sehingga menyukarkan lagi kehidupan mereka. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bantuan Wang Ihsan (BWI) tidak pernah ditutup, malah kerajaan akan membayarnya kepada rakyat yang setiap kali ditimpa bencana.

Perdana Menteri mengarahkan, sekiranya dua kali dilanda bencana, maka kerajaan akan membayar sebanyak dua kali.

“Permohonan BWI tidak pernah ditutup. Malah kerajaan akan bayar setiap kali mereka ditimpa bencana. Kalau dua kali dilanda bencana, dua kalilah kerajaan akan bayar. Itu arahan saya,” katanya ciapan akaun Twitter beliau hari ini.

Beliau menjawab ciapan Twitter Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mendakwa kerajaan menutup permohonan bantuan kewangan banjir RM1,000 secara tiba-tiba dipercayai esok dan tanpa menyatakan butiran lengkap berkenaan perkara tersebut.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Oleh demikian, Ismail Sabri meminta Hannah agar tidak mengelirukan rakyat dengan ciapan Twitter itu.

“Baik YB fact check dulu, jangan terus percaya pada maklumat WhatsApp. Tindakan YB mengelirukan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan kadar BWI kini dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.

Inisiatif BWI itu dijangka akan meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah yang melibatkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya