Keputusan UPKK boleh disemak mulai 28 Disember - Utusan Malaysia

Keputusan UPKK boleh disemak mulai 28 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2021 yang dilaksanakan bulan lalu boleh disemak mulai 28 Disember ini sehingga 11 Januari tahun depan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, ia boleh disemak menerusi laman sesawang rasmi Sistem Maklumat Pendidikan Islam (Simpeni) melalui capaian pautan simpeni.islam.gov.my mulai 11 pagi.

Ibu bapa calon UPKK juga boleh menyemak keputusan itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPKK<jarak>Nombor Kad Pengenalan dan dihantar kepada 15888.

Bagi murid terlibat peperiksaan tersebut namun belum lagi memiliki nombor kad pengenalan, semakan SMS boleh dibuat dengan diganti kepada nombor pengenalan khas yang ditetapkan.

UPKK kali ini buat julung kali menggunakan modul penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menggantikan peperiksaan bertulis meliputi lapan subjek dengan tempoh dipanjangkan dari 15 November hingga 30 November lalu ekoran isu kebimbangan penularan kes wabak Covid-19.

Keputusan UPKK diterima bagi kemasukan tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN