Keputusan kerusi pertama seawal 7 petang - Utusan Malaysia

Keputusan kerusi pertama seawal 7 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Keputusan pengundian di pusat-pusat mengundi yang ditutup awal di Sarawak akan diketahui seawal pukul 7 petang, esok.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia setelah mempertimbang faktor geografi dan bilangan pemilih yang rendah.

“Akan ada pusat mengundi ditutup lebih awal kerana mempunyai bilangan pemilihan rendah dan lokasinya jauh dari pusat penjumlahan rasmi undi berbanding kebanyakan pusat mengundi yang ditutup pukul 5 petang.

“Kami menjangkakan keputusan dari pusat mengundi yang ditutup awal ini boleh diketahui seawal pukul 7 petang esok,” katanya ketika ditemui di sini pagi ini.

Berdasarkan senarai pusat mengundi dikeluarkan SPR, antara pusat mengundi yang ditutup awal ialah Dewan Mahligai Gading Lundu (DUN Opar) dengan bilangan pemilih seorang; Dewan ULS Sampadi di DUN Tanjong Datu (17 pemilih) dan Ruang D, Dewan Badminton, Kompleks Tabuan Jaya di DUN Pantai Damai (31 pemilih).

Sebanyak 3,666 saluran mengundi dibuka untuk proses pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 dan 1,951 bilangan pusat undi di seluruh Sarawak.

Hari ini merupakan hari terakhir semua parti politik kerajaan dan pembangkang berkempen menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri Sarawak, esok.

Seramai 349 calon dari 10 parti politik termasuk 30 calon bebas bersaing merebut 82 kerusi dalam menentukan kerajaan negeri yang baharu.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan 82 calon, Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73 calon); Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70 calon), PKR (28 calon); DAP (26 calon); Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15 calon), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) (11 calon), Parti Amanah Negara (Amanah) (lapan calon), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) (lima calon), Pas (satu calon) dan Bebas (30 calon). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya