IPOH: Pasukan penyelamat berjaya mengesan kedudukan lori yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 27.1, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar pukul 5 petang tadi.
Usaha mengeluarkan mangsa sedang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.
Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini ditutup untuk semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh sekitar pukul 1.44 petang.
- Kenderaan tertimbus dalam runtuhan tanah Cameron Highlands ditemukan
- Kenderaan tertimbus dalam runtuhan tanah Cameron Highlands ditemukan
- Dua kenderaan dipercayai tertimbus tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Kejadian runtuhan tanah sepanjang 100 meter dipercayai ekoran hujan berterusan yang menyebabkan hakisan tanah.