Kemudahan hutan rekreasi rosak teruk - Utusan Malaysia

Kemudahan hutan rekreasi rosak teruk

LALUAN siar kaki yang berlubang membahayakan pengunjung khususnya yang berjoging di Hutan Rekreasi Sungai Udang, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hutan Rekreasi Su­ngai Udang di sini mampu menjadi tarikan produk pelancongan jika beberapa kemudahan dinaik taraf bagi memberi keselesaan pengunjung.

Kawasan berkeluasan 335 hektar berkenaan adalah sebahagian daripada rizab Hutan Simpan Sungai Udang yang dahulunya menjadi tarikan ramai.

Keunikan kawasan itu kaya pelbagai flora dan fauna serta sesuai untuk aktiviti rekreasi luar seperti melihat burung, berkhemah dan merentas denai.

Namun, tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, beberapa kemudahan rosak teruk seperti pondok rehat, meja dan bangku, laluan siar kaki yang licin serta berlubang, selain pokok-pokok bahaya tidak dilupuskan.

Seorang pengunjung, Safuan Johar, 34, berkata, hutan rekreasi itu sebenarnya sangat menarik kerana kaya dengan keindahan khazanah hutan.

Namun katanya, beberapa kemudahan sedia ada didapati tidak dijaga dan rosak telah mencacatkan pemandangan pengunjung yang pertama kali berkunjung ke situ.

“Saya yakin beberapa kemudahan dibaik pulih sudah pasti ramai pengunjung bakal datang. Laluan siar kaki sejauh dua kilometer sangat menarik, tetapi licin dan berbahaya.

“Ini kali pertama saya berkunjung ke sini mengikuti program anak. Saya teruja sepanjang laluan siar kaki dapat melihat flora dan fauna tetapi banyak kemudahan yang rosak perlu dibaik pulih,” katanya yang tinggal di Taman Seri Bertam di sini.

Dalam pada itu, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Malim, Azizan Abdullah berkata, kawasan tersebut sebenarnya menarik untuk dikunjungi, namun beberapa kemudahan dan kawasan itu dilihat tidak diselenggara de­ngan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya