Kempunan curi buah sawit - Utusan Malaysia

Kempunan curi buah sawit

LORI yang dipercayai digunakan suspek untuk melarikan buah kelapa sawit yang dicuri di sebuah kebun di Jalan Kolam Machap, Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Empat lelaki hanya sempat memotong lapan tandan buah kelapa sawit yang dicuri sebelum kesemua mereka dicekup polis di Jalan Kolam Machap, di sini semalam.

Kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 43 hingga 55 tahun.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kejadian itu terbongkar selepas rakan pengadu yang berada di lokasi menyedari tindakan mencurigakan empat lelaki sebelum memaklumkan perkara itu kepada pemilik kebun berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, pengadu yang bergegas ke lokasi kemudian mendapati terdapat sebuah lori dan empat lelaki tidak dikenali sedang memotong buah kelapa sawit tanamannya.

“Pengadu kemudian terus menghubungi polis memberitahu kejadian curi tersebut dan bertindak atas maklumat itu sepasukan polis daripada Balai Polis Durian Tunggal telah ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Empat lelaki berusia 43 hingga 55 tahun berjaya ditangkap dan sebuah lori jenis Delta berwarna merah dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, selain itu pasukan polis turut merampas tiga batang besi panjang, satu batang besi cucuk sawit, cangkuk batang besi dan lapan tandan buah kelapa sawit.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas kesemua suspek adalah negatif.  Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya.

Katanya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya