Kematian dilaporkan meningkat kepada 36 kes - Utusan Malaysia

Kematian dilaporkan meningkat kepada 36 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 36 kes berbanding kelmarin, 17 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,574 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 84 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,189 kes.

Sebanyak 490 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 269 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,037 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan pertambahan empat kluster Covid-19 baharu selepas kelmarin, turut mencatatkan enam kluster.

“Selain itu, Malaysia turut mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,896 kes manakala kelmarin, 5,551 kes sekali gus mengatasi 4,676 kes sembuh.

“Jumlah kematian yang dilaporkan turut menunjukkan penurunan iaitu 17 kes berbanding kelmarin, 47 kes manakala kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya