(KEMAS KINI) Jumlah mangsa banjir menurun, hampiri 40,000 - Utusan Malaysia

(KEMAS KINI) Jumlah mangsa banjir menurun, hampiri 40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan penurunan dengan 40,408 orang setakat pukul 5 petang ini.

Menurut info bencana aplikasi dalam talian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu merangkumi 11,793 keluarga di 254 PPS di lima negeri.

Jumlah mangsa banjir di Pahang kekal mencatatkan tertinggi dengan 22,449 orang terdiri daripada 6,726 keluarga di 156 PPS.

Selangor pula merekodkan sejumlah 16,953 mangsa yang terdiri daripada 4752 keluarga di 88 PPS diikuti Kelantan dengan 685 orang daripada 222 keluarga di lima PPS yang dibuka.

Selain itu, seramai 292 mangsa direkodkan di Negeri Sembilan yang terdiri daripada 84 orang di empat PPS diikuti Melaka dengan 29 mangsa daripada 9 keluarga di sebuah PPS. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya