Kemalangan libatkan banyak kenderaan, trafik sesak 15km di Perai  - Utusan Malaysia

Kemalangan libatkan banyak kenderaan, trafik sesak 15km di Perai 

KEADAAN kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan dekat Perai, Pulau Pinang petang ini menyebabkan kesesakan teruk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan dekat Perai petang ini menyebabkan kesesakan teruk.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan trafik perlahan sejauh kira-kira 15 kilometer (km) sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua dekat sini.

KEADAAN kemalangan melibatkan bas dan kereta.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku apabila sebuah bas ekspres di lorong kanan telah melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum merempuh beberapa kenderaan lain.

“MPV itu dilihat dipandu agak perlahan di lorong kanan laluan dua lorong itu sebelum dilanggar bas dari belakang.

“Kemungkinan 10 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan, namun tidak pasti mengenai keadaan mangsa,” katanya.

Sementara itu, difahamkan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya