Kelantan, Terengganu dijangka banjir Khamis dan Jumaat ini  - Utusan Malaysia

Kelantan, Terengganu dijangka banjir Khamis dan Jumaat ini 

 - FB JPS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Model ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan kemungkinan berlaku banjir di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula Khamis hingga Jumaat ini. 

Menurut JPS, kemungkinan tersebut dikeluarkan susulan Ramalan Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Disember pada 1 petang itu. 

Bagi negeri Kelantan, aras air Sungai Galas di Limau Kasturi, Sungai Galas di Dabong dan Sungai Kelantan di Kuala Krai dijangka akan melepasi paras bahaya pada 30 hingga 31 Disember ini. 

“Kawasan rendah di daerah Gua Musang dan Kuala Krai serta kawasan sekitarnya berisiko mengalami banjir,” katanya dalam satu poster yang dimuat naik di Facebook, hari ini. 


 – FB JPS

Bagi negeri Terengganu pula, aras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja dijangka melepasi paras bahaya pada 30 hingga 31 Disember ini. 

“Kawasan rendah di daerah Dungun serta kawasan sekitarnya berisiko mengalami banjir,” jelasnya. 

Justeru, JPS mengingatkan orang awam untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya