Kedah lantik peguam urus tuntutan bayaran air – Sanusi - Utusan Malaysia

Kedah lantik peguam urus tuntutan bayaran air – Sanusi

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menziarahi rumah seorang mangsa banjir ketika hadir program khidmat masyarakat di Kampung Batu 20, Sungai Lui, Selangor. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan, pi­haknya sudah melantik pasukan peguam untuk menguruskan tuntutan bayaran bekalan air mentah Sungai Muda.

Tuntutan tersebut melibatkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi menampung kos pemuliharaan kawasan tadahan air negeri itu.

Untuk itu jelasnya, Kedah menyerahkan kepada mahkamah berhubung tuntutan berkenaan.

Beliau memberitahu, meski­pun Kerajaan negeri Pulau Pinang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah memberitahu bahawa negeri itu bertegas tidak akan membayar caj tersebut, namun pihaknya menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat ketetapan.

“Kita sudah lantik pasukan peguam untuk uruskan perkara itu, lihat semula isu-isu perjanjian, isu-isu sejarah, isu undang-undang berkaitan dengan Akta Industri Bekalan Air 2006 kerana air mentah ini jadi hak negeri.

“Jadi kita biarkan peguam buat kerja mereka dulu kerana banyak dokumen yang perlu diteliti.

“Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow) di sidang DUN dah beritahu tidak akan membayar caj, jadi kita lihat apa kata mahkamah, biar mahkamah tentukan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam Program Khidmat Masyarakat bersama Menteri Besar Kedah di Kampung Batu 20, Sungai Lui di sini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun.

Namun, Pulau Pinang bertegas tidak akan membayarnya.

Kepada Pulau Pinang, Muhammad Sanusi membuat penegasan berikut: “Kita harap mereka bayar”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya