'Kecoh pelajar buli pelajar, bagaimana dengan cikgu pukul pelajar? Ustaz raba pelajar tahfiz? - Utusan Malaysia

‘Kecoh pelajar buli pelajar, bagaimana dengan cikgu pukul pelajar? Ustaz raba pelajar tahfiz?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook menarik perhatian ramai dengan coretannya mengenai buli, namun buli yang ‘terselindung’ dan ‘didiamkan’ banyak pihak adalah melibatkan warden, guru, ustaz atau tenaga pengajar.

Beliau menulis, bagi dirinya, benda itu (buli) adalah perkara biasa semasa membesar.

“Ya memang student (pelajar) tumbuk student itu kejam, tapi ada yang lebih zalim.

“Masa aku sekolah berasrama penuh dulu, (cikgu) akan terajang pelajar, tumbuk pelajar, sebab bangun lambat solat Subuh. Kayu penyapu digunakan untuk belasah kami sampai patah kayu itu.

“Makan penampar itu biasa. salah sikit penampar, langgar peraturan sikit, penampar. Ya itulah pembuli sebenar. Sebab kalu student tumbuk student, sakitnya tak seberapa. Kalau orang dewasa tumbuk budak-budak, sakitnya jauh lebih perit,” tulis.

Beliau selebihnya menulis, banyak ustaz (guru) yang sudah memegang jawatan tinggi pun sekarang malah ada yang jadi pengetua.

“Apakah definisi buli? Buli mengikut kamus DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) mengistilahkan sebagai ‘menggertak, mencederakan, menakutkan orang yang berkenaan; biasanya orang yang lemah’. Kenapa isu buli membuli ini didiamkan?

“Kerana takut malu? Mengaibkan nama sekolah? Jangan dilaporkan nanti malu ustaz dan nama sekolah. Macam mana nak report ustaz pukul pelajar? Akhirnya mak ayah cuma akan cakap ‘padan muka, siapa suruh lambat bangun solat subuh’. Akhirnya yang dibuli merasa lemah dan terpaksa mengikut tekanan sekeliling, percaya bahawa kelakuan dirinya sendirilah yang melayakkan dirinya dipukul.

“Bukan setakat membuli sahaja didiamkan, ustaz tahfiz raba pelajar pun disenyapkan. Ingatlah walau budak-budak zaman itu mungkin lemah, namun bukan semua akan memaafkan kamu. Tak kiralah cikgu pembuli, ustaz pembuli, senior pembuli, gangster pembuli. Pembuli tetap pembuli walau title apa pun dia pegang,” katanya.

Menurutnya, semua pembuli adalah jijik, hina.

“Mahkamah dunia mungkin tak dapat kesan atau siasat kes yang berlaku 20-30 tahun lepas. Namun mahkamah akhirat tetap ada. Macam mana kamu nak jawab dengan Allah nanti? Nasihat saya kepada mereka yang mungkin membaca ini, minta maaf lah kepada orang yang kamu pernah zalimi dulu. Yang mana ingat tu, minta maaflah sebelum menutup mata.

“Takut-takut kezaliman kamu kepada mereka menjadi asbab kamu tersungkur di pintu syurga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN